KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH (CLINACANTHUS NUTANS)

Mari kita teliti hakikat ini: Apa agaknya yang akan berlaku sekiranya seseorang yang sihat tidak makan selama 7 hari berturut-turut? Tidak syak lagi, orang ini akan mati kelaparan.

Selain udara dan air, makanan merupakan salah satu ciri utama untuk kita terus hidup. Ini bermakna, khasiat makanan menghidupkan nyawa seseorang. Khasiat makanan merupakan sumber hidup. Dari saat pembentukan embrio, sehinggalah hari kita menghembuskan nafas terakhir, kahsiat makanan menyuburkan badan kita setip masa. Inilah perhubungan di antara “khasiat makanan dan hidup”.

KHASIAT MAKANAN MENYEMBUHKAN SEL BADAN

Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui.

Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita.

Selain serat kasar dan kandungan kalsium yang tinggi, Daun Belalai Gajah juga tinggi dalam kandungan zat-zat yang lain. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium dan magnesium dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Kajian Saintifik Clinacanthus nutans (Daun Belalai Gajah):

1. Clinacanthus nutans Extracts Are Antioxidant with Antiproliferative Effect on Cultured Human Cancer Cell Lines

free-leaves_02