Testimoni

Wan Seman-uturn-sakit-belakang-daun-belalai-gajah

Ini adalah testimoni bagi ayah saya Wan Seman bin Wan Salleh berusia 78 tahun. Tujuan testimoni dihantar adalah untuk berkongsi kegembiraan dan rasa syukur kepada Allah kerana menemukan dengan produk UTURN.

Ayah saya mengalami pembengkakan kelenjar prostat dan sukar untuk membuang air kecil. Selama setahun beliau menggunakan tiub untuk kencing. Akhirnya, telah menjalani pembedahan untuk membuang bengkakan sebanyak 13 gram. Pembedahan berjalan lancar dan tidak lagi mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
Namun, 3 hari selepas pembedahan ayah mengalami demam dan suhu amat tinggi. Beliau dimasukkan ke wad selama 20 hari. Sepanjang masa di wad beliau mengalami kesakitan yang tidak tertanggung di bahagian belakang pinggang dan kejang kaki, sehinggakan perlu dibius untuk hilangkan kesakitan. Pada hari ke 16, kesakitan beliau mula berkurang, namun beliau hilang keupayaan berjalan. Doktor pun hairan dan tertanya-tanya kenapa hal itu berlaku. Ayah dirujuk kepada bahagian ortopedik. Dipendekkan cerita, pada hari ke 20 ayah dibenarkan pulang, tetapi hanya terlantar di atas katil. Beliau boleh mengangkat kaki tetapi tidak mampu berdiri mahupun berjalan. Beliau bahkan tidak mampu untuk bangkit dari perbaringan. Selama 2 bulan ayah terlantar. Rawatan susulan di hospital diteruskan, namun tiada perubahan.

Sehinggalah saya melayari internet bertujuan mencari penawar bagi ayah dan menemui laman web UTURN. Setelah membaca testimoni, saya berasa yakin, ia boleh membantu. Dengan izin Allah, pada hari ke 4 beliau minum SSG PLUS DRINK, beliau tidak perlu lagi bergantung kepada ubat penahan sakit. MasyaAllah.

Selepas seminggu, beliau sudah mampu duduk dan ditolak ke bilik air dengan kerusi roda. Satu perkembangan baik kerana selama ini, ayah tidak mampu duduk kerana sakit pada belakang pinggang.

Belum pun habis sebotol diminum, ayah sudah mula mampu berjalan, kami sekeluarga menangis gembira. Disini saya sertakan gambar yang menunjukkan tahap perkembangan ayah saya. Akhir kata syukur pada Allah dan terima kasih UTURN.

uturn-daun-belalai-gajah-wan-seman-sakit-belakang5

Wan Rosnita Wan Seman (anak perempuan) – 0194196802