Testimoni

uturn-mohd-johari-bin-ishak

Saya Mohd Johari bin Ishak telah mengalami sesak nafas dan terlalu cepat penat pada 4 April 2014, saya telah dirujuk ke Hospital KPJ BM.
Setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas, doktor telah mengesahkan paru-paru saya telah dijangkiti kuman/bakteria, dalam X-Ray yang doktor lakukan nampak tompok-tompok putih.
Pihak doktor telah memasukan oksigen dan memberi 9 jenis ubat untuk dimakan setiap 4 jam bagi menghapuskan bakteria yang ada didalam paru-paru saya.
Namun setelah 24 jam berlalu keadaan saya tidak mengalami sebarang perubahan. Saya tidak dapat bernafas dengan selesa dan apabila saya ingin menguap saya berasa amat sakit seperti dada ditekan, dan apabila saya menguap saya tidak puas atau tidak lepas. Saya hampir putus asa dengan ubat doktor, dan saya mengambil keputusan untuk keluar dari hospital dan mencari ubat alternatif yang lain.
Selama sehari saya di Hospital swasta (KPJ) kos rawatannya amatlah tinggi iaitu sebanyak RM3,000, disertakan lampiran report doktor untuk penyakit tersebut.
Saya mendapat tahu tentang produk belalai gajah Uturn melalui pembacaan saya di internet dan, dan tanpa berlengah lagi saya menghubungi En Azhar iaitu wakil jualan Uturn kawasan Simpang Ampat, Pulau Pinang, dan En Azhar telah mengesyorkan produk Utrun SSG Plus Drink kepada saya. Alhamdullillah setelah 2 hari dengan mengambil dos 2 sudu besar pada pagi dan malam, sakit penat dan sesak nafas saya telah berkurangan, dan setelah habis botol kedua , penyakit saya kini sembuh sepenuhnya dan kuman/bakteria juga telah tiada dalam paru-paru saya. Terima kasih kepada syarikat Uturn yang mengeluarkan produk yang memberi kebaikan kepada manusia, wang ringgit boleh dicari kebaikan manusia dikenang sebagai budi.

Mohd Johari Bin Ishak
0134476966