Testimoni

Nur Amirah Binti Mohd Adi

Saya Nur Amirah berasal dari Taman Casuarina, Paroi, Negeri Sembilan telah disahkan menghidapi masalah kesihatan diberi nama Nephrotic Syndrom sejak berumur 2 tahun lagi dan kemudian bebas sementara sehingga umur saya 14 tahun. Pada tahun 2010 yang lalu, penyakit yang sama menyerang saya lagi dimana saya mengalami masalah buang air kecil hingga menyebabkan anggota badan saya  seperti kaki & tangan bengkak dan berat badan meningkat secara mendadak. Sepanjang tempoh tersebut saya terpaksa berulang alik ke hospital setiap bulan untuk mendapatkan rawatan lanjut dari doktor di hospital.

Sekitar pertengahan Februari 2012 sehingga hujung bulan Mac 2012 saya terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Besar Tunku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut kerana masalah kencing tak keluar. Saya terlantar di hospital tersebut selama 3 minggu dan hanya dibenarkan keluar setelah beransur sembuh dengan syarat mengulangi rawatan lanjut 2 minggu selepas keluar hospital dan dikehendaki datang untuk pemeriksaan seterusnya pada setiap bulan .

Semenjak bulan Mac 2012 sehingga awal bulan Ogos baru baru ini saya tidak lagi perlu masuk hospital setiap bulan dan menurut kata doktor saya tidak lagi perlu mendapatkan rawatan pemeriksaan doktor setiap bulan cuma perlu berjumpa dengan doktor setiap 2 bulan sekali sahaja. Manakala berat badan kini semakin turun berbanding daripada 136 kg 3 bulan lalu dan kini hanya 96 kg. Saya rasa semakin sihat dan kini sering membuang air kecil seperti orang normal.

Saya sangat bersyukur dan berasa sihat dan bebas melakukan aktiviti sukan seperti berjogging bersama rakan-rakan seperti biasa. Saya amat yakin dengan produk Uturn keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd.

Terima kasih En.Hazmi dan syarikat You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd kerana membantu saya dan keluarga selama ini.

Nur Amirah Binti Mohd Adi

HP: 017-3052231